Mengenai DPLI


Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH) :

-Sejarah, Pendidikan Jasmani, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan, Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automatif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina, TESL.

IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

* Calon guru akan ditempatkan setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT:
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan (CGPA 2.75 dan ke atas)
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.

Jom Join Alumni DPLI UDM

Klik Baner di bawah:-

Iklan

Tuesday, July 26, 2011

13,000 guru sandaran terlatih diserap

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat. 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam.
Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.

Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih. 
Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjong, Perak dinobatkan juara kategori pertandingan akhir Bot Lumba RA3, manakala kategori sekolah rendah, SekolahKebangsaan Permatang Kandu, Pulau Pinang. 

Berita Harian

Oleh Fakhrurrazi Usuldin
2011/07/27

Friday, March 4, 2011

Surat Pemberhentian 13,000 Guru Sandaran Ditarik Balik

TONGOD (SABAH), 3 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

Sunday, January 30, 2011

RPT Pendidikan Islam Tahun 2011

Di sini saya memberi contoh RPT untuk mata pelajaran Pendidikan Islam untuk tahu 2011. Contoh ini dipetik daripada laman sesawang Kementerian Pelajaran Negeri Kelantan. Ia bolehlah dijadikan sebagai rujukan untuk disesuaikan dengan takwim sekolah anda.

Saturday, January 29, 2011

Isu Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

Baru-baru ini satu perkara telah diungkit oleh salah satu badan kerajaan di sebuah negeri tentang Elaun Perumahan Wilayah (EPW) ini. Masalahnya berpunca adalah kerana pemberian elaun ini kepada guru-guru semenanjung yang berkhidmat di negeri Sabah dan Sarawak. Mengapa isu ini timbul? Adakah kerana ingin berjimat atau kerana bisikan makhluk yang bertanduk ke dalam hati-hati mereka ini?

Saturday, January 8, 2011

Tahniah!!

Sudah lama tidak dimuatkan dengan berita-berita terkini dalah blog ini. Terlebih dahulu tahniah diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang telah dipanggil untuk menduduki temuduga SPP. Apapun diharapkan hubungan sesama kita janganlah terputus hanya dipisahkan kerana bentuk muka bumi dan tempat kita ditugaskan. HP ada kan! FB pun ada kan! macam-macam cara boleh berhubung.

Diharapkan hubungan ini berkekalan sehingga akhir usia.

Marilah sama-sama berkongsi maklumat anda di sini. Tak kiralah maklumat terkini anda mahupun apa-apa sahaja yang diarasakan sesuai untuk dikongsikan. Diharapkan bagi rakan-rakan yang telah menduduki temuduga SPP sebelum ini dapat memberikan tips-tips untuk rakan-rakan yang akan menduduki temuduga pertengahan bulan Januari 2011 ini. Sekian.

NKRA Pendidikan
Sunday, 20 June 2010

© 2011 - PPD Hulu Langat

DPLI UDM ©Template by D.B.

TOP