Mengenai DPLI


Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH) :

-Sejarah, Pendidikan Jasmani, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan, Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automatif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina, TESL.

IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

* Calon guru akan ditempatkan setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT:
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan (CGPA 2.75 dan ke atas)
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.

Jom Join Alumni DPLI UDM

Klik Baner di bawah:-

Iklan

Saturday, January 29, 2011

Isu Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

Baru-baru ini satu perkara telah diungkit oleh salah satu badan kerajaan di sebuah negeri tentang Elaun Perumahan Wilayah (EPW) ini. Masalahnya berpunca adalah kerana pemberian elaun ini kepada guru-guru semenanjung yang berkhidmat di negeri Sabah dan Sarawak. Mengapa isu ini timbul? Adakah kerana ingin berjimat atau kerana bisikan makhluk yang bertanduk ke dalam hati-hati mereka ini?


Mereka berkata, "elaun ini perlu dikaji semula". Adakah ini bertujuan untuk kebaikan atau sebaliknya? Marilah kita lihat apakah Elaun EPW ini berdasarkan beberapa persoalan yang ditimbulkan. Ianya dipetik daripada laman sesawang JPA.

BIL.
SOALAN 
JAWAPAN
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pegawai yang bertukar wilayah’ dan takrifan ‘berasal’?
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, ‘pegawai yang bertukar wilayah’ bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Manakala Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005 menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Labuan ditakrif sebagai wilayah berasingan dari Sabah.
Takrifan ‘berasal’ pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000. 

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001.
Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.
2.
Bolehkah EPW dibayar kepada Pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?
Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria takrif berasal seperti yang telah dinyatakan dalam surat edaran JPA bil.JPA(S)63/75/2(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.  

Rujukan:
JPA(S) 63/75/2 (SV61) bertarikh 12 Oktober 2000 
3.
Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari Semenanjung?
Dalam keadaan ini, pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu wilayah asalnya dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau bapa sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan.


Rujukan: 
Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.
4.
Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?
Mengikut Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW.

Rujukan:
Surat Edaran JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009.
5.
Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau memohon terlebih dahulu?
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 menyatakan bahawa EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah baru.


Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001. 
6.
Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja menggunakan pinjaman swasta layak dibayar EPW?  
 Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa “Pegawai yang telah diberi kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW”.  Pegawai yang membeli rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW.

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001
7.
Pegawai ingin menukarkan EPW kepada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut?
Pegawai yang telah memilih EPW adalah tidak layak menukarkan EPW kepada ITP dalam tempoh pertukaran wilayah yang sama. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan membuat pemilihan baru sekiranya melibatkan pertukaran wilayah baru kecuali ditukarkan kembali ke wilayah asalnya.


Apakah yang membuatkan isu ini ditimbulkan? Adakah juga kerana elaun ini besar yang diberikan kepada guru-guru dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak? Pernahkah anda dengar pepatah melayu yang menyatakan "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? Kalau anda terpelajar sambung lah sendiri kesinambungan dari pepatah itu. Tanyalah kesanggupan guru-guru dari semenanjung ini adakah mereka ini benar-benar sanggup untuk berkhidmat di negeri-negeri ini?

Setiap guru-guru yang ditugaskan ke negeri-negeri ini datang ke sini adalah kerana tugas yang diamanahkan. Oleh itu, salahkah pemberian imbuhan ini? Mana keistimewaan di atas kesanggupan guru-guru dari semenanjung yang merelakan diri untuk memberikhidmat di negeri ini.

Tidak itu sahaja, isu kargo juga telah timbul sejak akhir-akhir ini. Manakah kebajikan yang seharusnya diberikan kepada guru-guru yang dibenarkan untuk kembali dan berkhidmat di semenanjung. Guru-guru yang telah lama berkhidmat di dua negeri ini sudah tentulah memiliki keperluan-keperluan untuk keselesaan hidup di tanah Sabah dan Sarawak ini. Seperti kelegkapan rumah, perabut, kereta dan sebagainya. Manakah peruntukan kargo untuk membawa barang-barang ini pulang setelah debenarkan untuk pulang berkhidmat di tanah semenanjung?

Dimanakah badan-badan yang boleh membela kebajikan guru darin semenanjung yang berkhidmat di bumi Sabah dan Sarawak ini? Wahai guru-guru dan pihak yang berkenaan kalu anda mempunyai akal fikiran, cubalah fikir dengan sewarasnya. "ADA OTAK PAKAI!"

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

NKRA Pendidikan
Sunday, 20 June 2010

© 2011 - PPD Hulu Langat

DPLI UDM ©Template by D.B.

TOP