Mengenai DPLI


Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH) :

-Sejarah, Pendidikan Jasmani, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan, Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automatif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina, TESL.

IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

* Calon guru akan ditempatkan setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT:
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan (CGPA 2.75 dan ke atas)
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.

Jom Join Alumni DPLI UDM

Klik Baner di bawah:-

Iklan

Monday, November 23, 2009

Teruk Dikerjakan Oleh Ustaz Shahril

Penghujung B.I.G menjadi kemuncak kami berada di Pusat Ko Kuala Berang. Pada malam sebelum siangnya kami di dera tidur dalam kemah seorang dekat dalam hutan. Dengan nyamuknya, hujannya lagi, pacatnya juga. Dugaan betul tuan-tuan yang mulia sekalian. Apa pun keadaan yang melanda, kekentalan jiwa kami semua dapat mengharunginya dengan hebat. Kata bangang ketika ini yang selalu diguna pakai "GINI DEMOO" menjadi kata pujangga untuk membuktikan ia adalah suatu yang hebat. Apapun di akhirnya kami tewas angkara seorang Ustaz yang selamber. Entah macam mana ustaz-ustaz kami kasihi, Dr, Mustafa (papa kami) Ustaz Aziz, Ustaz Anas, Ustaz Rahim dan warga kerja yang lain boleh mengundang Ustaz Shahril ini.Teruk kami dikerjakan...




Antara babak-babak yang sempat dirakam.

Apa pun yang berlaku di sana, kenangan buat kami untuk selamanya. Pahit, manis, masam, masin semuanya berlalu mencoretkan memori indah. Tetapi ape ke jadahnya sampai buat kami menangis sedemikian rupa? Hehehe.. tepuk dada tanyalah hati masing-masing. Salam Ukhwah buat semua. Wassalam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

NKRA Pendidikan
Sunday, 20 June 2010

© 2011 - PPD Hulu Langat

DPLI UDM ©Template by D.B.

TOP